[TERKINI] AZHARI CIPTA SEJARAH, TEWASKAN DATO' NAWAWI DI SHAH ALAM!

Sunday 20 October 20130 comments



Calon 'underdog' Ketua Bahagian UMNO Shah Alam, Azhari Shaari, mencipta sejarah menewaskan penyandang jawatan itu, Dato' Nawawi Md. Zin dengan majoriti tipis sebanyak 70 undi.

Keputusan jumlah undi diumum oleh Pengerusi Tetap bahagian itu kira-kira 3.30 pagi tadi disaksikan oleh kedua-dua calon bersama penyokong-penyokong mereka.

Kemenangan itu disambut dengan rasa syukur oleh Azhari yang juga bekas Ketua Pemuda di bahagian itu. Beliau berjanji akan menggalas tanggungjawab dengan penuh amanah demi mengembalikan kemenangan UMNO/BN di Shah Alam pada pilihanraya akan datang. 

"Pemilihan kali ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada perpaduan ahli di bahagian ini. Saya akan terus berusaha mengukuhkan perpaduan dalam kalangan ahli UMNO Bahagian Shah Alam. 

"Selepas pemilihan parti, saya berharap seluruh ahli dan kepimpinan baharu yang dipilih dapat bekerjasama dan berganding bahu dengan saya untuk memastikan UMNO/BN memenangi pilihanraya umum akan datang," katanya. 

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengekalkan jawatannya bagi penggal keempat sebagai Ketua Umno Bahagian Tanjong Karang apabila menang selesa dalam pemilihan parti Sabtu. 

Dalam pertandingan dua penjuru, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang memperoleh sebanyak 535 undi manakala pencabarnya, Dr Ahmad Kamal Ariffin Mohamed hanya mendapat 32 undi. 

Bekas Setiausaha Perhubungan Umno merangkap bekas Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed gagal mengekalkan jawatan Ketua Umno Bahagian Sepang. 

Zin yang juga bekas Menteri Kerja Raya, mendapat 317 undi berbanding pencabarnya Datuk Marsum Paing yang memperoleh 415 undi. 

Seorang lagi pencabar, Mohd Jaman Mohammad mendapat hanya tiga undi. 




Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger