KEJAM!!! KERAJAAN SELANGOR ROBOH GERAI PENJAJA MELAYU DI KLANG!!!

Wednesday 5 December 20120 comments



KLANG - Tindakan Kerajaan Pakatan Haram Selangor merobohkan 12 gerai penjaja Melayu yang terletak berhampiran perhentian Teksi Klang Utara, semalam membuktikan sikap sebenar mereka yang kejam dan zalim serta tidak berhati perut.

Lebih malang, yang merobohkan gerai-gerai itu adalah mereka yang sebangsa dengan pemilik gerai. Walaupun dirayu, mereka tetap merobohkan gerai-gerai itu dengan punuh kesombongan.

Jika di Pulau Pinang, kejadian seperti ini adalah satu kebiasaan. Gerai-gerai milik orang Melayu sengaja dipindahkan atau dirobohkan sedangkan ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN), mereka berniaga tanpa diganggu.

Namun kini, barah menghancurkan perniagaan orang Melayu mula mengjangkiti dan menghantui peniaga-peniaga kecil di Selangor.

Yang peliknya, gerai-gerai milik warga asing yang terletak berdekatan tidak pula diambil tindakan. Adakah peniaga warga asing dikecualikan sebab mereka bayar rasuah kepada penguatkuasa?

Itulah antara luahan dan persoalan peniaga-peniaga Melayu yang menjadi mangsa penindasan kerajaan Pakatan Haram di Selangor apabila gerai mereka dirobohkan semalam.

Kalau kerajaan Selangor bijak, mereka sepatutnya menyediakan kemudahan dan tapak untuk peniaga-peniaga ini berniaga.

Tindakan tidak berhati perut itu tidak patut berlaku, mereka sewajarnya berunding dan bertolak ansur dengan pelbagai kesulitan yang mungkin dialami peniaga-peniaga itu.

Mana slogan kerajaan Selangor yang mendakwa Selangor negeri berkebajikan??? Mereka bukan orang senang, mereka antara rakyat Selangor yang hidup dengan kesukaran. Kalau mereka senang, masakan mereka akan berniaga seperti itu?

Maka terbuktilah, slogan 'Selangor negeri berkebajikan' hanya sumpah palsu dan retorik belaka.

Peniaga-peniaga itu wajar diberikan pampasan sekiranya gerai mereka hendak dirobohkan. Peniaga juga wajar dipindahkan ke tempat yang berhampiran untuk mereka meneruskan usaha mencari rezeki dalam perniagaan.

Klang Bandar Diraja yang aman dan makmur memerlukan kerajaan yang prihatin terhadap permasalahan rakyat, bukan menghukum kesalahan rakyat yang berpunca dari sikap kerajaan Pakatan Haram Selangor yang tidak mahu memahami penderitaan rakyat marhaen akar umbi.

Selanjutnya, [KLIK SINI]


mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger