ORANG CINA JANGAN CUBA SEMBUNYI FAKTA INI!!!

Friday 19 October 20120 comments

 

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia merupakan satu-satunya negara di luar China yang mengiktiraf pendidikan Cina sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan.

Namun, menurut Perdana Menteri, masyarakat sering mengambil mudah fakta itu walaupun jelas tiada negara lain khususnya di rantau ini yang mengiktiraf sistem pendidikan Cina kecuali Malaysia.

Malah, Najib menegaskan, beliau pernah menarik semula peruntukan dalam Akta Pendidikan 1996 yang memberi kebenaran kepada menteri menukar sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) kepada sekolah kebangsaan ketika memegang jawatan Menteri Pelajaran.

"Apa yang dilakukan itu merupakan tanda komitmen dan keikhlasan kita mengiktiraf sistem pendidikan Cina, seterusnya meletakkannya di dalam sistem pendidikan kebangsaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Melody FM Morning Boss terbitan Melody FM iaitu stesen radio berbahasa Cina kedua di bawah rangkaian radio Astro di All Asia Broadcast Centre di Taman Teknologi Malaysia, di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, kerajaan juga mengiktiraf kewujudan 60 sekolah menengah persendirian Cina yang terdapat di negara ini.

Katanya, sekolah-sekolah itu turut mengambil peperiksaan awam seperti sekolah-sekolah lain.

Dalam program radio itu juga, Najib turut menjelaskan kedudukan terkini permohonan pembinaan sekolah menengah persendirian Cina di Kuantan, Pahang seperti yang dituntut komuniti di kawasan tersebut.

"Kita bersetuju dengan permohonan itu tetapi menetapkan semua pelajar wajib mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan jika pelajar mahu mengambil peperiksaan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), itu terpulang kepada mereka," katanya.

Menjawab soalan seorang pemanggil, Najib berkata, kerajaan menyediakan peruntukan kira-kira RM100 juta untuk membangunkan SJKC di seluruh negara.

Selain itu, tambah beliau, kerajaan turut menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar terbaik UEC selain menyelesaikan segera isu kekurangan guru di SJKC.

Dalam pada itu, Najib turut melahirkan harapan melihat masyarakat Cina di negara ini fasih berbahasa Melayu. - UM


mimr



 

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger