Operasi rumah urut di Shah Alam berjalan seperti biasa walaupun ketika ini umat Islam sedang menyambut bulan Ramadhan. |
Hasil tinjauan penulis, kegiatan operasi rumah urut berjalan seperti biasa dalam bulan Ramadhan ini. Lebih menarik, semua rumah urut di Shah Alam masih beroperasi seperti biasa dari 11.00 pagi hingga 12.00 tghmalam sejak hari pertama bulan ramadhan lagi.
Apa sudah jadi dengan Shah Alam? Penulis merasakan Shah Alam seakan diperintah oleh DAP. Tiada langsung usaha untuk cegah kegiatan maksiat baik dari pihak berkuasa mahupun ahli parlimen Shah Alam dari PAS, Khalid Samad.
Tergamak Khalid Samad membiarkan rumah urut di Shah Alam beroperasi sewenang-wenangnya tanpa halangan dalam bulan Ramadhan?
Khalid Samad ini berjuang untuk Islam yang macam mana? Penulis yakin Khalid Samad sebagai YB Shah Alam sudah tentu punya kuasa untuk arahkan penutupan operasi ketika bulan Ramadhan.
Penulis rasakan semudah memetik jari sahaja jika Khalid Samad bersungguh untuk membela nasib penduduk di Shah Alam.
Banyak persoalan timbul dalam kalangan masyarakat di Shah Alam terhadap gelagat YB Shah Alam dewasa ini. Apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh Khalid Samad untuk penduduk di Shah Alam?
Sudah lah gagal untuk mengawal lambakan kewujudan rumah urut di Shah Alam, takan tidak boleh menghentikan sementara operasi rumah urut dalam bulan Ramadhan ini?
Nasihat penulis kepada Khalid Samad, hormatilah bulan Ramadhan yang suci ini!
mimr