Sesungguhnya kami kesian baca komen-komen geng Jemin sejak semalam. Susah payah nak back up Jemin buat apa? Memang Jemin sendiri yang sebut dalam pembentangan Bajet Selangor 2018 bahawa kerajaan negeri akan bayar bonus 3 bulan gaji kepada kakitangan awam negeri Selangor.
Tapi, Jemin juga yang sebut, pembayaran dua bulan telah dilakukan sebelum ini (2017). Bakinya akan dibayar tahun 2018... Maka, 3-2 = ???
Kami lampirkan semula salinan teks ucapan Jemin semalam. Satu perkataan demi satu perkataan, tiada edit tiada ubah usai. Sila baca betul-betul dari point 349, 350 dan 351.
Kami percaya penyokong-penyokong Jemin ada keupayaan untuk membaca dan memahami ayat-ayat mudah ini. Lainlah kalau jenis zombie macam penyokong-penyokong Rafizi.