Semalam pembangkang membangkitkan di Parlimen berhubung penggunaan pesawat Kerajaan Malaysia oleh isteri Perdana Menteri dan rombongannya ke Qatar minggu lepas.
Seperti yang pernah saya tulis di blog ini sebelum ini, senjata paling utama pembangkang adalah memburuk-burukkan PM dan isteri sehingga boleh menimbulkan kebencian rakyat kepada mereka berdua, barulah BN dan Umno boleh dilemahkan.
Sebelum saya pergi lebih lanjut, saya nak jelaskan dulu tentang tujuan pemergian isteri PM ke Qatar minggu lepas. Kehadiran Datin Seri Rosmah di Qatar minggu lepas adalah memenuhi jemputan Persatuan Ahli Perniagaan Wanita Qatar ke Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa yang berlangsung di Qatar pada 11-12 November 2013. Lihat di sini
Persatuan Ahli Perniagaan Wanita Qatar adalah sebuah persatuan yang diasaskan oleh Sheikha Mozah Binti Nasser Al- Misnad, isteri Emir Qatar. Lihat sini
Dalam dunia ini sudah menjadi lumrah samada isteri Perdana Menteri, isteri Presiden, isteri menteri, isteri YB atau isteri pemimpin tidak kira di mana-mana negara sekali pun, mereka (isteri) akan terlibat dengan kerja-kerja hal ehwal wanita, hal ehwal kanak-kanak dan kerja-kerja kebajikan. Kecuali di Malaysia ada satu yang gila. Suami ketua pembangkang, isteri presiden parti. Bila parti bermesyuarat habis laki, bini dan anak turut sama bermesyuarat.
Dalam kes yang melibatkan Datin Seri Rosmah ini, beliau dijemput oleh sebuah persatuan wanita yang dinaungi oleh isteri Emir Qatar untuk ke majlis yang melibatkan ahli perniagaan wanita antarabangsa, pada saya ianya satu kebanggaan yang cukup besar. Cuba anda bayangkan apa akan jadi jika yang dijemput itu bini Hadi Awang atau bini Anwar ? Bergegar pentas ceramah beb....60 hari 60 malam.
Walaupun Datin Seri Rosmah dijemput sebagai tetamu utama, namun beliau sedar beliau tidak ada kuasa yang melibatkan kerajaan, sebab itu bersama dengan beliau ke forum tersebut adalah Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria. Juga turut hadir ke forum berkenaan adalah CEO Matrade, Datuk Dr Wong Lai Sum. Mereka-mereka inilah orang yang berkuasa untuk berbincang atau menerangkan kepada ahli-ahli perniagaan yang hadir di forum berkenaan tentang pelaburan di atau perniagaan di Malaysia.
Berhubung penggunaan pesawat kerajaan. Untuk menggunakan pesawat kerajaan ianya perlu mendapat kelulusan kabinet. Dalam hal ini pesawat yang digunakan untuk ke Qatar telah mendapat kelulusan kabinet. Jadi tidak ada apa-apa kesalahan dalam hal ini.
Ahli Parlimen Sepang (Pas) mengatakan PM boleh didakwa di mahkamah jika beliau didapati bersalah kerana melanggar prosedur dalam membuat keputusan yang melibatkan konflik kepentingan. Wah...wah...wah...bila tembak orang bukan main lagi. Tak ingat ke apa yang pernah terjadi kepada dewa orang-orang Pas yang mentadbir Kelantan sebelum ini ?
Nik Aziz selaku Pengerusi PMBK dalam satu mesyuarat yang beliau pengerusi telah melantik menantunya sebagai CEO PMBK. Kes berkenaan disiasat SPRM, dan akhirnya SPRM memutuskan Nik Aziz tidak bersalah.
Jika Nik Aziz tak bersalah, kenapa pula Najib bersalah ? Inilah yang dikatakan perangai syaitan. Walhalalmu....walharamku....kau buat halal....aku buat haram....
Anda boleh baca kisah selanjutnya dan melihat minit mesyuarat yang dimaksudkan di sini
Soal kejujuran, soal rasuah....tak kira dari 5 sen hinggalah 50 bilion sekalipun, rasuah tetap rasuah. Soal salah guna kuasa atau penyelewengan, tidak kiralah daripada sekecil guna lilin kerajaan hinggalah guna pesawat kerajaan, jika tidak dilakukan mengikut prosedur, salah tetap salah.
Pas nak bercakap soal salah guna kuasa ? Pas nak bercakap soal penyelewengan ? Mari saya tunjukkan anda satu bukti lagi... - rbf
+ comments + 6 comments
perkhidmatan itu dgunakan oleh kluarga MB..... apa yg salahnya??? sama la macam ngan bini pm g luar negara yg gunakan duit negara.... guna perkhidmatan penerbangn ke luar negara adalah lebih mahal drpd penerbangan domestik.... itu belum dengan shopping lg..... mcam media australia yg lapor pasal rosmah shsopping sakan d sana.....
huhuh,,,depa ni tak reti beza nilai rm1694 dgn rm400000 yg rosmoh naik tu..
hijrah lah prof oiiii..ke arah yang sebenar..jangan tutup najis kerajaan dengan tangan kita sendiri..nanti tgn kita bau busuk, walaupun dapat habuan...
apa masalah dgn bil ini.. bukankah arif fahmi thn 2009 tu ialah ceo pmbk..dan ceo yang bekerja tentu ada benefit perjalanan.. apa ceo ceo glc umno x dpt benefit perjalanan ? apa kena mengena dgn nik aziz pulak sbg mb? perlu ke rosmah naik jet peribadi? kalau pesawat biasa x sampai agaknya.. insaf la umnobn ..mengampu terlebih
Faham ke x maksud conflict of interest?
Jgn samakan perbadanan mb dgn kerajaan. Sumber pendapatan kerajaan tu hak rakyat. Bukan boleh belanja sebarangan. Suruh rakyat berjimat cermat tapi PM sendiri belanja berlebihan.
Tolong jgn dedahkn sgt kejumudan tu ye..
SAYA MENYAMBUT ANDA SEMUA DI HALAMAN INI
INI CERITAKU
Saya MURNI SANTI, Seorang wanita, ibu, saudara perempuan dan teman dari (Bekasi), Indonesia, saya adalah REAL ESTATE MANAGER dan saya telah mengalami banyak tekanan keuangan akhir-akhir ini, tidak ada yang mau meminjam kami uang untuk menyelesaikan proyek komersial kami yang telah dibangun beberapa bulan sekarang. Saya telah ditipu oleh beberapa perusahaan peminjaman palsu yang mengklaim sejumlah besar uang dari saya tanpa kami tidak menerima pinjaman.
Saya frustrasi, suami saya mencoba yang terbaik dan membantu, saya akan bunuh diri karena rasa sakit itu, itu terlalu berat untuk ditanggung dan saya kehilangan semua harapan, sampai saya diperkenalkan dengan SEMUA PINJAMAN HIBAH GLOBAL sebuah perusahaan pinjaman yang disponsori oleh bank dunia itu sendiri.
Saya memutuskan untuk mengajukan pinjaman dan memang menghubungi perusahaan, petugas bagian pinjaman mereka yang benar-benar memberi saya harapan dan mengatakan kepada saya untuk tidak khawatir perusahaan akan meminjamkan uang kepada saya, bahkan ketika jumlah yang saya butuhkan sangat besar, dan semua yang bisa saya berikan kepada mereka persyaratan yang merupakan beberapa informasi pribadi, yang saya lakukan.
Saya menjalani semua proses, mereka berjanji untuk meminjamkan uang yang saya minta setelah mengonfirmasi bahwa saya memenuhi syarat untuk pinjaman, saya diminta untuk menunggu, yang sangat mengejutkan saya adalah pinjaman masuk ke akun saya dan saya mengkonfirmasinya .. Perusahaan kembali secara finansial dan keluarga saya baik-baik saja, ini membuat hidup saya lebih baik, saya bersyukur kepada Allah dan kepada SEMUA PINJAMAN HIBAH GLOBAL
GMAIL ..... allglobalgrantloan@gmail.com
UNTUK MENGHUBUNGI KU
NAMA Perusahaan: SEMUA PINJAMAN HIBAH GLOBAL EMAIL Perusahaan: allglobalgrantloan@gmail.com. Perusahaan
Whatsapp: +1(301)971-4445
Nama Saya: MURNI SANTI
Email Saya: murnisanti55@gmail.com