Pages

Monday, 6 November 2017

TERKINI! HANNAH YEOH TOLAK USUL IKRAR BEBAS RASUAH


Seperti dijangka, Hannah Yeoh selaku Speaker DUN Selangor bertindak menolak usul yang menggesa kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan Azmin Ali mengambil langkah segera menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Usul ini sepatutnya dibawa oleh YB Dato’ Mohd Shamsudin bin Lias, ADUN Sg. Burong.

Melalui sepucuk surat pemberitahuan usul ditolak bertarikh 6hb November 2017 yang ditandatangani oleh Pn. Elya Marini Binti Darmin, Setiausaha Bahagian Dewan, Pejabat Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh memberi alasan bahawa usul ini boleh dibangkitkan melalui ruang perbahasan dasar Belanjawan 2018 dan Rang Undang-undang Perbekalan yang dijangka bermula hari ini.

Persoalannya, adakah Hannah Yeoh akan membenarkan wakil-wakil Barisan Nasional membangkitkan perkara ini secara langsung di dalam dewan ketika sesi perbahasan berjalan?

Berdasarkan pengalaman, adalah amat sukar bagi mana-mana wakil Barisan Nasional untuk membangkitkan sesuatu isu atau perkara lebih-lebih lagi yang menyentuh perihal pentadbiran kerajaan negeri. Mereka pasti akan dihalang, ucapan diganggu dan akhirnya Speaker akan menghentikan perbahasan atas sebab-sebab yang bersifat teknikal.

Ini juga bukan kali pertama isu berkaitan IBR cuba dihentikan oleh kerajaan negeri Selangor. Sebelum ini sudah banyak desakan ditimbulkan di luar dewan yang menggesa Azmin Ali memberikan kerjasama kepada SPRM. Malangnya, Azmin hanya mengelak daripada menjawab gesaan-gesaan tersebut dengan memberikan beribu alasan.

Tahukah anda, ketika menjawab pertanyaan bertulis yang dikemukakan oleh YB Dato’ Haji Amiruddin Setro (ADUN Jeram) berhubung isu ketirisan dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor dalam Sesi Pertama Sidang DUN 2017 yang lalu, Azmin secara jelas menyatakan bahawa beliau komited untuk menandatangani IBR bersama SPRM? 

Perkara ini juga telah kami bangkitkan melalui satu posting khas bertarikh 11 Oktober 2017 di page rasmi Darul Ehsan Leaks. Melalui posting ini, kami turut senaraikan sejumlah isu berkaitan salah laku rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang berlaku dalam pentadbiran Azmin Ali.

Hari ini, sekali lagi Hannah Yeoh bertindak cekap mewakili Azmin Ali dan kepentingan politiknya untuk menafikan hak dan kebebasan bersuara yang sepatutnya diberikan kepada wakil-wakil Barisan Nasional.

Kami percaya, tidak selama-lamanya Hannah Yeoh dan Azmin Ali boleh lepaskan diri. Hakikatnya, gejala rasuah sudah terlalu parah dalam pentadbiran Menteri Besar paling bangang dalam sejarah Selangor ini. Masanya akan tiba.


No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini