Pages

Tuesday, 7 November 2017

TERKINI! HANNAH YEOH TOLAK LAGI USUL PERKASA MAHKAMAH SYARIAH



Pemimpin Evangelist DAP yang juga Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh sekali lagi menolak usul pemerkasaan Mahkamah Syariah yang cuba dibawa oleh ADUN Barisan Nasional Permatang, YB Datuk Sulaiman Abdul Razak.

Hannah mengulangi tindakan yang sama yang dilakukannya pada 2hb November 2016 lalu apabila menolak percubaan pertama Datuk Sulaiman untuk membentangkan usul tersebut.

Hannah juga menggunakan alasan yang berbeza-beza ketika menolak kedua-dua usul ini.

Melalui surat pemberitahuan penolakan usul pada 2hb November 2016, Hannah mendakwa usul tersebut tidak relevan kerana kerajaan negeri sudah pun mengambil langkah-langkah yang wajar dalam pemerkasaan institusi Mahkamah Syariah di Selangor.

Walau bagaimanapun, dalam surat pemberitahuan penolakan usul kali kedua yang dikeluarkan pada 6hb November 2017, Hannah memberi alasan usul ini boleh dibangkitkan melalui ruang perbahasan dasar Belanjawan 2018.

Tindakan oleh Hannah ini secara tidak langsung menggambarkan sentimen peribadi beliau terhadap pembangunan dan perkembangan syiar Islam di Selangor.

Saranan beliau supaya usul ini dibangkitkan ketika perbahasan dasar belanjawan juga dilihat tidak praktikal kerana ruang yang disediakan adalah terhad selain faktor masa yang diberikan untuk ahli-ahli dewan berbahas hanya dua hari sahaja.

Justeru orang Islam di Selangor wajar menilai tindakan oleh Hannah Yeoh dengan hati yang terbuka dan mata yang celik luas.

Hannah Yeoh menggunakan sepenuhnya kuasa yang diberikan kepada beliau sebagai Speaker DUN untuk menentukan usul-usul yang boleh dibahaskan. Oleh itu tidak hairanlah jika beliau menolak apa-apa sahaja usul berkaitan agama Islam di DUN Selangor, lebih-lebih atas kapasitinya selaku pemimpin Evangelist.

Lebih mendukacitakan, wakil-wakil dari PAS dan PAN yang kononnya membawa agenda Islam langsung tidak membantah tindak-tanduk Hannah Yeoh ini. Mulut mereka bukan sahaja seperti dikunci rapat, bahkan langsung tidak berusaha mengemukakan apa-apa usul yang bersangkutan dengan kepentingan umat Islam di Selangor seperti isu Better Beer Festival, RUU355 dan sebagainya lagi ke sidang DUN.

Jika situasi seperti ini berterusan, nescaya lambat laun Islam hanya tinggal nama dan disebut dalam majlis-majlis rasmi sahaja meskipun bilangan penganutnya ramai di negeri ini.


No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini