Tidak selalu juga kita dapat baca atau dengar Nik Abduh memaki hamun atau menyindir dengan bahasa yang keras terhadap mana-mana individu atau pihak yang tidak disukainya.
Tapi sebagai orang politik, ketebalan serban pun tidak mampu menghalangnya untuk menggunakan perkataan-perkataan yang keras dan pedas lagi-lagi ke atas musuhnya.
Antara perkataan tersebut ialah “otak senget” dan itulah juga perumpamaan yang dipilih oleh Nik Abduh bagi merujuk tindakan Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir yang menggelar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai lanun Bugis.
Menurut Nik Abduh, istilah lanun Bugis hanya digunakan oleh penjajah kerana sakit hati dengan tindakan orang-orang Bugis yang kuat menentang mereka di rantau Nusantara suatu ketika dahulu.
Sebaliknya, kata Nik Abduh lagi, bagi orang Melayu sendiri, etnik Bugis sememangnya terkenal sebagai pahlawan yang berani melawan penjajah dan jasa mereka amat disanjung tinggi. Justeru jika ada orang Melayu yang menganggap Bugis itu lanun, maka otaknya pasti senget!
Adakah Tun Dr. Mahathir memiliki set otak sedemikian? Kami seperti bersetuju dengan pandangan Nik Abduh.
+ comments + 1 comments
Merit Casino Review - Xn--O80B910a26eepc81il5g.online
Read our review of Merit Casino, a Malta-based 메리트카지노 online gambling site that offers top-notch games from reputable software providers.