Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi menggesa rakyat Malaysia supaya menolak mana-mana pihak, baik individu mahupun parti politik yang cuba menentang prinsip-prinsip tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk bersekongkol dengan anasir luar demi menjatuhkan kerajaan yang sah di Malaysia ketika ini.
Hadi turut mengingatkan, sebarang percubaan ke arah tersebut adalah berupa pengkhianatan kepada negara.