TERKINI! APABILA ANGIN PERUBAHAN MENYAPA SELANGORKU

Tuesday, 26 September 20170 comments


Satu kajian bebas yang dijalankan oleh Sinar Harian baru-baru ini mendapati terdapat kemahuan yang tinggi dalam kalangan rakyat Selangor untuk mengubah kepimpinan negeri dalam PRU-14 kelak.

Daripada 550 responden yang ditemubual secara langsung, 300 mahu Azmin Ali ditukarkan. Nasib yang sama juga menimpa Rafizi Ramli (Pandan), Zuraida Kamaruddin (Ampang), Abdullah Sani (K. Langat), Hanipa Maidin (Sepang) dan Khalid Samad (S. Alam) selain Adun-Adun di kawasan masing-masing.

Lebih menarik, responden yang mengundi TIDAK kepada pemimpin-pemimpin ini memberikan pilihan YA kepada Barisan Nasional untuk kembali memerintah Selangor.

Walaupun kajian ini tidak inklusif namun dapatannya masih boleh digunapakai sebagai ukuran terkini tahap sokongan orang ramai terhadap kepimpinan kerajaan negeri sedia ada.

Sebagai contoh, Azmin Ali juga kerap membelanjakan wang yang banyak bagi membiayai kajian-kajian seumpama ini dalam usahanya mengukur persepsi rakyat sebelum melaksanakan sesuatu dasar atau polisi kebajikan.

Soalnya sekarang, bolehkah Azmin dan para penyokongnya menerima kajian oleh Sinar Harian ini?
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger