[TERKINI] #PRKSgBesar #SCS93: TIADA SOKONGAN, DAP MAIN KOTOR

Thursday, 9 June 20160 comments


Nampaknya, sokongan terhadap calon Barisan Nasional (BN), YB Budiman Mohd Zohdi terus meningkat. 

Rata-rata pengundi cina yang ditemui di Pekan Sekinchan mengakui bahawa Budiman adalah calon terbaik untuk membawa suara rakyat Sungai Besar.

Mereka juga mengaku mengundi DAP sebelum ini, namun akan memberi sokongan kepada Budiman yang dilihat berpewatakan ceria dan mudah didekati.

Maka tidak hairan kenapa DAP sekali lagi menggunakan taktik kotor dengan memasang papan iklan yang memaparkan Budiman sedang menunjukkan isyarat dua jari.

Dakwa DAP, isyarat dua jari itu adalah isyarat lucah mengikut kefahaman barat.

Budaya di negara ini tidak sama dengan negara lain. Misalnya apabila kita bercakap "butuh" di Malaysia membawa maksud lucah dan biadap. Sebaliknya perkataan yang sama di Indonesia membawa maksud yang baik dan tidak vulgar.

Dalam negara ini membunyikan hon kereta atau motosikal dalam kesesakan jalan raya atau ketika menukar lorong dianggap sebagai biadap. Tapi di kebanyakan negara lain ia adalah budaya keselamatan jalan raya.

Demikian juga penggunaan isyarat tangan atau apa-apa "gesture" harus ditafsir dalam budaya setempat bukannya dalam neraca budaya lain.

Dalam konteks budaya negara ini, "gesture" yang dibuat oleh YB Budiman ini tidak pernah dianggap sebagai sesuatu yang vulgar atau biadap. Malah ia sekadar dilihat sebagai sesuatu yang "cool dan ceria".

Sementara itu, YB Budiman ketika ditemui di Bilik Gerakan MCA, Sekinchan menafikan papan iklan itu adalah miliknya.

Beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi dan tidak menolak akan membuat laporan polis.

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger