1. Kerajaan Persekutuan mengumumkan tambahan insentif RM50 kepada warga pesawah padi selepas pengumuman kenaikkan insentif (subsidi harga padi) baru-baru ini.
2. Secara purata Kerajaan BN menyumbang subsidi baja, racun dan kos bajak pertama kali berjumlah RM2,700 bagi setiap 2.5 ekar sawah satu musim bermakna setahun (dua musim) sejumlah RM5,400 disalurkan oleh Kerajaan BN.
3. Pembiayaan Kerajaan BN untuk Projek kolam takungan bernilai RM6 juta di Parit 4, ditentang oleh Kerajaan PR Selangor, malah didenda RM680,000.
4. Pokok yang ditebang dan mesin disita pula turut dikenakan denda RM150,000, selepas denda diselesaikan, Kerajaan PR Selangor mengenakan pula bayaran T.O.L sebanyak RM64 ribu setahun.
5. Kerajaan PR Selangor turut mengenakan cukai jeti nelayan (RM600).
6. YB Budiman Zohdi Calon BN sangat prihatin dengan kenaikkan pemotongan harga padi pada kadar 20%, sidang media facebook diadakan untuk menghantar nota bantahan kepada YB Menteri Pertanian.
7. YB DS Ahmad Shaberi Cheek menyatakan projek kolam takungan IADA juga dihalang oleh Kerajaan PR Selangor hingga tertangguh selama dua tahun.
8. Beliau mencadangkan cara estate(ladang) padi untuk mengabungkan estate sawit dan estate getah yang lebih menguntungkan.
9. Sebanyak 50 buah jentera pam air diserahkan kepada pesawah atas permintaan Arwah YB Datuk Noriah Kasnon.
*gambar sekadar hiasan
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini