Pages

Tuesday, 14 June 2016

[TERKINI] #PRKSgBesar #SCS93: APA PUNCA DR MAHATHIR MUDAH LUPA?


1. Tun M dilihat sangat tidak bertanggung jawab dengan meletakkan negara dalam risiko tinggi apabila merancang untuk menjatuhkan Perdana Menteri tanpa mempunyai sebarang perancangan tentang siapa yang patut menjadi pengganti.

2. Apa yang Tun M lakukan kini adalah pilih untuk berdamping bersama DAP dan PAN. Adakah calon pengganti Perdana Menteri adalah dari salah satu parti tersebut?

3. Sesiapa sahaja yang tidak mahu bersama Tun M dalam agenda menjatuhkan Perdana Menteri, semuanya diejek dengan panggilan 'pemakan dedak' termasuklah Presiden PAS sendiri.

4. Tun M terlupa bahawa PAS sejak dahulu lagi menentang keras sikap Tun M yang terlalu autokratik dan tidak mahu menegakkan hukum Allah.

5. Allahyarham Nik Aziz menolak Tun M sehingga hembusan nafas yang terakhirnya.

6. Penentangan PAS terhadap Tun M sekali lagi memuncak apabila Tun M menyatakan bahawa hukum Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia dan sanggup menjadi talibarut DAP dan PAN yang kini merupakan musuh utama PAS.

7. Tun M tidak mempunyai modal lain selain kitar semula isu yang sudah berpuluh kali diterangkan oleh Kerajaan dan parti Barisan Nasional.

8. Bagi isu derma 2.6B, akhirnya Tun M sendiri mengaku bahawa dia tidak mempunyai bukti dan hanya membuat andaian sendiri. SPRM sudah mengesahkan bahawa RM1.6B adalah dari sumber derma dan terdapat 4 dokumen yang berkaitan.

9. Bagi isu 1MDB pula, Tun M pernah berkata bahawa beliau hanya percaya kepada laporan PAC sahaja tetapi apabila laporan sudah dibentangkan, dia masih lagi keras kepala untuk menerimanya.

10. Bukan itu sahaja, 1MDB juga telah melalui proses penyiasatan daripada Ketua Audit Negara, SPRM, dan Polis DiRaja Malaysia.

11. Tun M sepatutnya berucap tentang bagaimana Sungai Besar dapat dibangunkan dan bagaimana penduduk Sungai Besar wajar mendapat faedah daripada parti yang menang kelak.

12. Ini adalah pilihanraya kecil bagi P093 Sungai Besar. Ini adalah agenda rakyat memilih seorang wakil rakyat yang mampu membawa pembangunan dan menjaga kebajikan rakyat.

13. Tun M memilih medan PRK ini sebagai pentas untuk melangsungkan agenda peribadinya sendiri tanpa memikirkan apa yang rakyat mahu.

14. Tun M tidak sedar bahawa komuniti India memerlukan lebih banyak peluang pekerjaan yang bakal ditunaikan oleh BN.

15. Tun M tidak sedar bahawa komuniti nelayan Cina memerlukan tenaga pekerja asing yang juga didengari dan bakal ditunaikan oleh BN.

16. Tun M juga tidak sedar bahawa orang pesawah Melayu mahukan kerajaan meningkatkan harga siling padi yang juga didengari oleh BN.

17. Adakah ini nilai dan sifat sebenar seorang Negarawan?

18. Tun M juga mudah lupa.


No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini