Bekas Menteri Penerangan Malaysia, Tan Sri Zainuddin Maidin menolak dakwaan Tun Musa Hitam bahawa bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamed berada di Malaysia untuk beberapa hari selepas peristiwa berdarah memali pada November 1985.
" Jika tidak salah ingatan saya, Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir mendapat perkhabaran tentang peristiwa berdarah Memali pada November 1985 ketika beliau hendak berangkat untuk lawatan rasmi ke Republic Rakyat China.
" Ketika itu saya bersama pemberita akhbar lain serta anggota-anggota rombongan yang mengiringi beliau masih berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang untuk menunggu masa berlepas," katanya dipetik dari blog peribadi zamkata.blogpsot.com.
Tegasnya, tuduhan Musa itu tidak benar sama sekali dan ini membuktikan Dr Mahathir tidak berada di tanah air beberapa hari selepas berlakunya peristiwa berdarah itu kerana dia adalah saksi ketika itu.
Musa dalam satu program politik di Kelantan baru-baru ini menuduh Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu bahkan, masih terus berada di tanah air untuk beberapa hari selepas kejadian.
Pendedahan itu mengejutkan banyak pihak kerana menyangka Dr Mahathir berada di tanah air beberapa hari selepas kejadian itu.
Namun ramai saksi tampil menyanggah kenyataan Musa dan menyifatkan perbuatan itu sebagai 'dendam lama' dan berniat jahat. - Pilihanrayakini
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini