Beberapa poster dan kain rentang kempen Barisan Nasional (BN) untuk Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kajang dikesan telah disabotaj oleh pihak tidak bertanggungjawab, di beberapa lokasi sekitar Kajang, pagi tadi.
Tinjauan ke lokasi kejadian termasuk berhampiran Taman Saujana Impian mendapati terdapat tompokan cat merah disimbah ke papan iklan yang tertera gambar calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun.
Malah beberapa papan iklan lain tertera gambar pemimpin tertinggi parti itu turut menjadi mangsa simbahan cat, selain turut dirosakkan.
Seorang penduduk di situ, Ramli Mohamed, 58, menyifatkan perbuatan pihak terbabit sebagai memalukan, sekali gus menjejaskan keharmonian masyarakat setempat, selain menunjukkan fahaman politik sempit diamalkan pihak tertentu.
“Saya yakin perbuatan tidak bertanggungjawab ini dilakukan pihak luar dan bukan penduduk di kawasan ini. Kami mengenali antara satu sama lain dan tidak ada masalah di sini walaupun kami berbeza ideologi politik,” katanya ketika ditemu bual Selangor Press, pagi ini.
Sebelum ini, terdapat laporan lain menyatakan bahawa bahan kempen parti itu turut disabotaj di Batu 10, Cheras apabila poster dan kain rentang turut dijatuhkan oleh pihak tidak bertanggungjawab didakwa bertujuan menimbulkan ketegangan politik semasa kempen PRK DUN Kajang ini.
Kempen PRK DUN Kajang berbaki satu hari sebelum tarikh pembuangan undi pada 23 Mac ini. - Selangorpress.com
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini