Portal berita, The Malaysian Insider (TMI) dilaporkan telah memadam artikel bertajuk “Dunia Guna Alat Canggih, Malaysia Pakai ‘Bomoh Doremi’ Cari MH370, kata Dr Wan Azizah” yang diterbitkan di portal tersebut sebelum ini.
Artikel tersebut menyelitkan kenyataan Presiden PKR itu yang memperlekehkan usaha kerajaan Malaysia dalam operasi mencari pesawat MH370, dalam ceramahnya di Sungai Jelok, Kajang malam tadi.
Pihak TMI tersebut cuba dihubungi oleh Selangor Press, namun panggilan tidak dijawab.
Ekoran tersiarnya artikel itu semalam, masyarakat terutamanya yang bersimpati atas tragedi pesawat MH370 mengutuk keras kenyataan dan tuduhan tidak berasas dibuat calon PKR untuk Pilihanraya Kecil (PRK) DUN kawasan itu.
Beberapa pemerhati politik melihat tindakan TMI tersebut bertitik tolak atas paksaan pihak tertentu agar artikel tersebut dipadam bagi mengelak Wan Azizah daripada terus dihentam masyarakat terutama menjelang PRK ini.
Semasa ceramah di Sungai Jelok itu, Wan Azizah telah menyelar kerajaan dan menuduh bahawa kerajaan Malaysia bergantung kepada khidmat bomoh untuk mencari pesawat MH370, selain turut menyelitkan beberapa kutukan terhadap pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.
Selanjutnya, sila baca [di sini]

No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini