Pages

Friday, 14 March 2014

[TERKINI] #PRKKajang: ANWAR TIPU! KERAJAAN TIDAK PERNAH PANGGIL BOMOH CARI #MH370


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diselar kerana berbohong dan membuat tuduhan tidak munasabah di Parlimen hari ini.

Beliau menuduh kononnya kerajaan Malaysia telah memalukan negara kerana mengupah 'bomoh' untuk mencari pesawat malang MH370.

Sedangkan, kerajaan Malaysia tidak pernah menggunakan khidmat 'bomoh' sepanjang operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat itu.

Mengulas perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, dakwaan Anwar itu adalah penipuan semata-mata kerana kerajaan atau UMNO tidak pernah berniat apatah lagi menggunakan khidmat 'bomoh' dalam SAR.

Jelasnya, pemakaian lambang '1 Malaysia' pada baju 'bomoh' itu bukan bermakna kerajaan atau UMNO terlibat dalam kejadian memalukan di KLIA baru-baru ini.

'Bomoh' itu sebelum ini menarik perhatian dunia apabila melakukan aksi pelik kononnya mahu mencari pesawat MH370.










No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini