[TERKINI] KHALID SAMAD TERDIAM DITEGUR ABANG SENDIRI DALAM PARLIMEN

Wednesday 12 March 20141comments



Dewan Rakyat hari ini gamat apabila ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad cuba jadi hero dan menuduh wujud campur tangan kuasa Eksekutif dalam kes hukuman penjara terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini. 

"Kita tidak hadir (Dewan Rakyat semalam) atas sebab kita protes campur tangan Eksekutif dalam persoalan pihak badan kehakiman kerana kes itu sudah dibawa ke depan," katanya. 

Dakwaannya itu menimbulkan kekecohan hampir 20 minit sehingga ramai Ahli Parlimen Barisan Nasional bangun dan bertikam lidah mempersoalkan dakwaan Khalid itu. 

Akibat kekecohan itu yang melarat, Tan Sri Shahrir Samad (BN-Johor Bahru) kemudian bangun dan meminta Khalid mengemukakan bukti dan bukan sekadar membuat dakwaan kosong berikutan kes itu sendiri sudah ditangguhkan beberapa kali. 

Khalid terdiam dan gagal mengemukakan sebarang bukti kononnya ada campur tangan kuasa Eksekutif dalam kes liwat Anwar.

Jumaat lalu, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar kerana meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lepas. 


Share this article :

+ comments + 1 comments

12 March 2014 at 21:16

Talk is cheap. Pakatan itu saja yang boleh mereka buat.

Dapat perintah selangor, air pun tak boleh nak sediakan untuk rakyat. Ini kah pakatan yang kemaruk nak perintah Malaysia.

Minta maaf lah. Simpang malaikat 44.

Post a Comment
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger