Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato Sri Khalid bin Abu Bakar menerusi Twitter Rasmi beliau memaklumkan bahawa suspek yang dikehendaki polis bagi kes rompak dan tembak mati seorang pegawai bank cawangan Ambank di Subang Jaya, 23 Oktober lalu, berjaya diberkas di Johor Bharu, awal pagi tadi.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang turut memberikan kerjasama sehingga tertangkapnya suspek berkenaan.