[TERKINI] #PRKSgLimau: KETUA BIRO AKHBAR SINAR HARIAN NYARIS BERTUMBUK DENGAN AMIRUDDIN?

Tuesday 29 October 20130 comments


Pas sekali lagi membuat kesilapan bodoh apabila didapati mengedar risalah mengandungi berita hasutan dan fitnah yang menyerupai akhbar Sinar Harian.

Risalah pilihan raya Pas yang menggunakan nama "Sinar Sungai Limau" mengundang ketidak senangan Ketua Biro Sinar Harian Utara. Menurutnya risalah itu mengelirukan orang ramai kerana 'masthead' menyerupai akhbar Sinar Harian termasuk warnanya.

Namun, dakwaan itu disangkal oleh Pengarah operasi PRK Dun Sungai Limau, Datuk Ir Amiruddin Hamzah yang memberitahu bahawa risalah itu sama sekali tidak akan menyebabkan orang ramai yang membacanya menjadi keliru kerana mereka sudah mengenali akhbar Sinar Harian.

Amiruddin menunjukkan kebodohannya apabila beliau mengatakan risalah itu tidak menjejaskan Sinar Harian. Sedangkan risalah itu jelas mengguna pakai 'masthead' akhbar itu cuma mengubah beberapa perkataan. Jika dilihat dari jauh risalah itu jelas mirip akhbar Sinar Harian.

Penafian oleh Amiruddin membuktikan bahawa Pas sudah hilang modal sehingga terpaksa meniru rupa bentuk muka hadapan akhbar Sinar Harian untuk mengelirukan pengundi.

Persoalannya, kenapa Pas perlu meniru 'masthead' akhbar itu? Kenapa tidak sahaja menggunakan 'masthead' tabloid milik Pas sendiri iaitu Harakah? 

Sudah tentu tujuannya punya muslihat memandangkan akhbar itu menjadi pilihan para pembaca di Sungai Limau. 

Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Pengarang Sinar Harian, Nordin Mohamed menegaskan bahawa risalah tertera logo rasmi akhbar Sinar Harian yang digunakan untuk berkempen pada PRK Dun Sungai Limau tidak ada kena mengena dengan akhbar itu.

Ia memaparkan perkataan Sinar manakala Harian ditukar kepada perkataan Sungai Limau. Perkataan telus dan tulus diubah kepada buletin PRK N.20 Sungai Limau.

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger