Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini melancarkan pusat latihan yang dikenali Dewan Reformasi, Demokrasi dan Upaya Masyarakat (Centre for Reform, Democracy and Social Initiatives) atau Reformasi.
Majlis pelancaran di sebuah hotel di Petaling Jaya jam 3 petang tadi disempurnakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pemimpin utama, antaranya Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua serta pimpinan PKR seluruh negeri turut hadir memeriahkan majlis itu.
Visi utama penubuhan pusat latihan ialah untuk memimpin dan membina Malaysia yang adil dan saksama melalui kuasa rakyat.
Pengarah pusat latihan itu ialah Nurul Izzah manakala Pengarah Eksekutif adalah Dr Edmund Santhara.