[PRU13] @PDRMsia WAJIB CONTOHI @KhalidSamad BAGAIMANA TANGANI MAT REMPIT DI SHAH ALAM!!! #P108

Thursday, 25 April 20131comments


Pameran foto-foto kemalangan ngeri dan sekatan lalu-lintas yang dilakukan oleh pihak polis bukanlah jalan terbaik bagi menangani gejala 'mat rempit'.

Sebaliknya, pihak polis wajar mencontohi strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan Selangor pimpinan pakatan haram dalam usaha mereka menangani masalah sosial itu.

Ternyata, usaha mereka itu berhasil apabila jalan raya di Shah Alam bukan lagi menjadi 'trek' atau laluan para 'mat rempit' untuk berlumba.

Yang menghairankan, kejayaan kerajaan Selangor ini tidak pula dihebohkan sebagaimana mereka memberi 20 meter padu air percuma kepada rakyat Selangor.

Persoalannya, kenapa mahu dirahsiakan kejayaan itu?

Bukankah gejala 'mat rempit' adalah ancaman kepada negara kerana dibelenggu dengan pelbagai masalah sosial?

Dengan perkongsian strategi, sudah pasti pihak Polis tidak lagi membuang masa membuat sekatan jalan raya pada malam minggu yang merupakan pesta 'mat rempit'.

Ternyata kerajaan negeri mempunyai alasan tersendiri kenapa kejayaan itu dirahsiakan.

Mana tidaknya, tindakan membiarkan jalan raya di Shah Alam berlubang-lubang rupa-rupanya rahsia kejayaan itu.

Itu la hakikatnya, jalan raya di Shah Alam umpama lubang-lubang maut buat pengguna jalan raya terutama pengguna motosikal.

Sejak Selangor diperintah pakatan haram, jalan raya tidak pernah diturap melainkan hanya ditampal sahaja sedangkan kerajaan pusat telah peruntukkan ratusan juta untuk menurap jalan. Khalid Samad tak boleh pakai!!!





Share this article :

+ comments + 1 comments

25 April 2013 at 12:01

Laman AIDC Disekat

Sebagai gantinya, AIDC beroperasi di laman sementara, http://2aidc.blogspot.com/

Post a Comment
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger