[PRU13] MAHASISWA SELANGOR KECAM PEMBOHONGAN KERAJAAN NEGERI

Monday, 22 April 20130 comments


Para penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di Selangor berikrar memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN) Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan sebulat suara menolak pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sekarang.

Presiden Institut Pemimpin Muda (IPM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Zaharin Haris berkata pendirian untuk menyatakan sokongan secara terbuka itu dibuat kerana para pelajar sudah meluat dengan pentadbiran kerajaan negeri pakatan pembangkang yang tidak pernah mengendahkan masalah rakyat.

"Kami tidak pernah menjangkakan bahawa negeri yang tersohor di Malaysia menjadi pincang di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor)...manifesto mereka pada 2008 telah menjanjikan pelbagai perkara namun hampir kesemuanya tidak ditunaikan.

"Di mana hadiah RM1,000 yang dijanjikan kepada kami selaku anak Selangor yang berjaya masuk ke universiti? Hampir 100,000 anak kelahiran Selangor kini kecewa kerana akhirnya janji tersebut tidak ditunaikan," katanya pada sidang akhbar di Shah Alam pada semalam.

Zaharin berkata selain UiTM, penuntut Universiti Selangor (UNISEL), Management and Science University (MSU) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) turut menyuarakan pendirian menyokong kerajaan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Kumpulan 500 mahasiswa dan mahasiswi itu turut melancarkan jentera Siswa4U bagi membantu kempen BN Selangor sempena PRU13 ini.


Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger