Pages

Saturday, 2 March 2013

[KANTOI] : PEMIMPIN PAKATAN HARAM TERLIBAT PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU!!?



Di bawah adalah laporan Inquirer News yang pasti akan mengejutkan kita semua tentang kronologi dan kaitan percerobohan Lahad Datu dengan Anwar Ibrahim dan pakatan haram.

Secara ringkasnya, Inquirer News mendedahkan wujudnya kumpulan ketiga iaitu pembangkang Malaysia politik, yang sedang bersiap sedia untuk pilihan raya umum yang mungkin akan dipanggil sebelum Jun.

Pegawai perisikan Filipina berkata bahawa salah seorang ahli pembangkang politik Malaysia yang bersekutu dengan Anwar Ibrahim telah bertanding bagi jawatan di Sabah.

Rupa-rupanya, ahli politik ini adalah salah seorang dari orang-orang yang bercakap dengan Kirams. Beliau didakwa mewakili parti pembangkang yang menyokong Kirams membuat tuntutan ke atas negeri Sabah.

Malah, satu laporan The Philippine Star minggu lepas telah mendedahkan percerobohan di Sabah ini adalah sabotaj kepada usaha rundingan damai kerajaan Aguino dan mengaitkannya dengan nama-nama Cojuangco, Tingting, Moro National Liberation Front (MNLF), Nur Misuari dan Norbeto Gonzales, bekas penasihat keselamatan negara Filipina.

Portal ABS.CBN juga mengulangi kenyataan wujudnya 3 kumpulan yang memperalatkan tunutan Kirams untuk kepentingan masing-masing. Kumpulan pertama ialah mereka yang ada kepentingan kewangan, kedua ialah kumpulan yang anti-Aquino dan ketiga ialah parti pembangkang Malaysia.


Maka, jika merujuk kepada kenyataan Inquirer News, Portal ABS.CBN dan The Philippine Star, adalah amat mustahil isu pencerobohan di Lahad Datu didalangi oleh UMNO dan BN seperti yang dibohongi oleh kepimpinan pembangkang.

Malah, kenyataan pemimpin pembangkang yang begitu cepat menyalahkan parti lawan dilihat sebagai satu tindakan terdesak untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu yang sebenarnya berlaku.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila baca terjemahan artikel Inquirer News yang boleh menyebabkan Anwar Ibrahim dan pakatan haram berasa gelisah dan panik [klik sini]

1 comment:

  1. Fitnah semata2… tanpa bukti.. sedap mengolah cerita. Cerita yg direka baik punya… Semua org sedih dgn kematian, tak perlu buat dosa menjadi kafir menFITNAH orang. Apabila sudah tersepit xde sokongan..x brani buat praya, mcm2 boleh buat!
    Nak tutup pendedahan Suruhanjaya DiRaja, kes beri IC kpd ratusan ribu org asing termasuk org filipina…

    ReplyDelete

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini