Karnival anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) itu telah berakhir semalam dan dikatakan telah mencapai matlamatnya.
Rata-rata pengunjung yang ditemui berpuas hati kerana golongan pelajar dan belia mendapat manfaat melalui bimbingan dan pengetahuan tentang inisiatif kerajaan untuk membantu dan menggalakkan mereka meneruskan pengajian selepas tamat persekolahan.
Sebanyak 20 IPTA dan 22 IPTS, agensi kerajaan dan pusat latihan menyertai karnival itu dengan menawarkan maklumat serta bimbingan kepada pelajar tentang potensi dan galakan untuk berjaya di menara gading.
Paling menarik, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dato' Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar turut turun padang bersama Skuad JDAB2013 bertemu dengan para pelajar dan membantu mereka untuk ditempatkan di UiTM.
Selanjutnya, [klik sini]