Malah, Ismail berkata situasi di Lahad Datu di mana kumpulan bersenjata yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu menceroboh masuk di Kampung Tanduo di sini masih terkawal dan isu tersebut akan diselesaikan secepat mungkin.
Katanya, tanggapan seperti itu hanyalah satu andaian namun polis mengetahui "tahu apa yang kita buat".
"Anda boleh buat andaian, tapi saya nak mengesahkan kita tahu apa kita buat, banyak pertimbangan kita ambil kira untuk kepentingan semua," katanya.
Katanya, pasukannya mahu melihat satu kesudahan yang baik dalam episod kumpulan penceroboh di Lahad Datu dan akan mengusir mereka pulang ke Filipina mengikut saluran undang-undang.
"Kami mengharapkan penyelesaian dilakukan secara aman. Kami mahu mengelak sebarang pertumpahan darah...kami berjaya mengawal keadaan. Kami berharap isu tersebut diselesaikan segera," katanya.
Beliau juga menggesa orang ramai agar tidak terpengaruh dengan berita dan maklumat menerusi media sosial yang kurang tepat kerana pihak polis sudah mengambil langkah yang perlu untuk membendung insiden itu.
Beliau mengulas mengenai tindakan polis ke atas kumpulan dari Filipina yang kini dikepung di Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Akhbar Daily Express dari Sabah sebelum ini melaporkan kumpulan itu tiba pada jam 2 pagi Selasa lalu dengan membawa panji berlambang harimau dan mempunyai lima anggota wanita tanpa senjata.
Kumpulan itu juga dilaporkan meyakinkan penduduk Kampung Tanduo yang diduduki mereka bahawa mereka datang dengan aman dan mahu memuktamadkan satu perjanjian.
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini