Pages

Thursday, 21 February 2013

[PANAS] : KHALID SAMAD LARI KE KOTA RAJA! PR SANDAR BEKAS JENERAL JADI CALON DI SHAH ALAM!!?


Khabar angin bahawa Khalid Samad tidak akan pertahankan parlimen Shah Alam pada pilihanraya ke-13 semakin menjadi bualan orang ramai.

Ini berikutan kononnya sebuah kajian yang dilakukan oleh kumpulan pemerhati politik yang merumuskan bahawa Khalid Samad hanya punya peluang 50-50 untuk mempertahankan kerusi parlimen pada pilihanraya akan datang.

Kajian dan soal selidik itu dikatakan dibuat untuk kepentingan pakatan haram di Selangor.

Jadi timbul spekulasi bahawa Khalid Samad tidak akan pertahankan parlimen Shah Alam sebaliknya akan bertanding di Kota Raja atau bertukar kerusi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di parlimen Kapar untuk mencari kerusi selamat.

Menurut sumber, memang sudah ada perbincangan di pihak pakatan haram untuk memilih calon terbaik bagi mempertahankan kerusi parlimen Shah Alam.

Perubahan mood penduduk di Shah Alam dan sikap tidak bekerjasama dalam soal selidik yang dibuat oleh mereka sedikit sebanyak menyukarkan ramalan menang kalah bagi mempertahankan parlimen Shah Alam.

Pihak pakatan haram juga menjangkakan Barisan Nasional (BN) bakal meletakkan calon popular untuk merampas kembali parlimen Shah Alam yang suatu ketika dahulu merupakan kubu kuat UMNO.

Lebih menarik, jika PKR diberi peluang untuk bertanding di Shah Alam. Seorang bekas Jeneral akan disandarkan menggalas tugas sebagai calon di parlimen Shah Alam.

Antara bekas pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang disebut-sebut adalah adalah Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, yang juga bekas Panglima Angkata Tentera Darat Malaysia, Briged Jeneral Datuk Abdul hadi Abdul Khatab, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat). (gambar di atas)

Dalam kajian tersebut, hasil analisa turut melaporkan bahawa pakatan haram punya peluang untuk menang jika parti lawan (UMNO/BN) di Shah Alam terlibat dengan aktiviti sabotaj dalaman.

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini