Pages

Saturday, 12 January 2013

[TERKINI] : PERHIMPUNAN #112 GAGAL! APA PUNCANYA!!?


KUALA LUMPUR - Satu Juta Himpunan Kebangkitan Rakyat #112 berakhir dengan aman sebentar tadi. Ternyata perhimpunan itu tidak mendapat sambutan rakyat apabila hanya 45,000 orang hadir seperti dilaporkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Itupun selepas dikerah dan mendapat arahan dari pejabat Setiausaha Agung Pas supaya semua ahli parti turun ke perhimpunan itu.

Tanda-tanda tidak mendapat sambutan boleh dilihat sejak malam tadi lagi ketika acara countdown #112 di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru. Ini kerana hanya suku padang dipenuhi penyokong pakatan haram yang jumlahnya tidak sampai 2000 orang seperti sebelum ini ketika menjelang perhimpunan bersih.

Nampaknya rakyat sudah sedar, mereka tidak bodoh seperti yang disangka pemimpin pakatan haram. Perhimpunan sebentar tadi hanya ibarat ceramah perdana sahaja. Tiada apa yang menarik melainkan hanya buang masa dan sia-sia sahaja.

Kecekapan pihak polis wajar diberi pujian kerana berjaya mengawal suasana dan lalu lintas. Hasil kawalan polis juga, tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku. 

Laporan lengkap bakal menyusul...


mimr





No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini