Walaupun menjangkakan ratusan ribu bakal hadir, ternyata ianya gagal diterjemah apabila hanya hampir 1000 peserta yang datang ke program itu.
Sedangkan, program malam tadi menampilkan 'otai-otai' dari kepimpinan muda pakatan haram seperti Shamsul Iskandar dan Nik Abduh.
Sementara itu, himpunan yang sama diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru yang turut menyaksikan sambutan yang tidak memberangsangkan walaupun membariskan seramai 74 orang penceramah termasuk ostazah Abby Abadi.
Penganjur sebelum ini mensasarkan untuk mengumpul sekurang-kurangnya 1 juta penyokong di Stadium Merdeka pada Sabtu.
Namun Pakatan Rakyat dengan angkuhnya menolak tawaran Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh agar himpunan itu diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil memandangkan saiz stadiumnya yang jauh lebih besar.
Sebaliknya, penganjur tetap memilih Stadium Merdeka yang hanya mampu menampung 30 ribu orang pada satu-satu masa.
Himpunan Pembangkang itu kononnya diadakan bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil, membantah operasi Lynas di Kuantan, menuntut bayaran royalti lebih adil kepada negeri pengeluar minyak dan pendidikan percuma.
mimr
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini