Pages

Thursday, 10 January 2013

[TERKINI] : KECOH DI KLANG MALAM TADI!!! ANGKARA SIAPA?


Nampaknya gelombang kebangkitan rakyat tidak boleh disorok lagi. Ini dibuktikan dengan kehadiran seramai lebih 2,000 rakyat di 'Himpunan Rakyat - 20 Dalik Tolak Pakatan' yang menampilkan penceramah tersohor di kalangan bekas pemimpin pakatan haram.

Program dianjurkan oleh Sekretariat Jom Tolak Pakatan terdiri daripada lebih 30 NGO antaranya IMAM, Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Jaringan Cina Malaysia (JMC), NAMBIKAI, Kelab Perpaduan Insan Selangor, 4Justice, TIBAI (Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim), Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG), Jalur Tiga (JATI) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor.

Sekretariat bercadang akan menjelajah ke seluruh negeri dengan tujuan menyedarkan rakyat Selangor akan pembohongan dan kepincangan yang berlaku di dalam pentadbiran kerajaan negeri pimpinan pakatan haram.

Antara isu yang dibongkar adalah berkaitan kegagalan menunaikan 31 janji manifesto pilihan raya umum 2008, masalah air Selangor, isu pengambilalihan hutang Talam, kegagalan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor menyediakan rumah murah, isu penutupan asrama Yayasan Selangor dan percambahan rumah urut dan hotel murah.

Berita selanjutnya, [klik sini]


mimr

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini