Pages

Thursday, 10 January 2013

MELAMPAU! MALAYSIAKINI HINA SULTAN SELANGOR!!?


SHAH ALAM: Malaysiakini, portal yang cenderung pembangkang, menyiarkan kritikan-kritikan yang disifatkan menghina Sultan Selangor Sultan Sharafudin Idris Shah berikutan titah baginda melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di negeri itu.

Portal itu bukan sahaja menyiarkan komen pembaca yang mempertikaikan keputusan baginda tetapi juga mempersoalkan kewibawaannya sebagai Sultan.

Berikut beberapa petikan pembaca yang disiarkan oleh Malaysiakini:

May I and all the subjects of your state have the privilege and the grant to hear you, the supreme lord of the Islamic religion in the state of Selangor Darul Ehsan, may we have the honour to hear your recitation of the Holy Quran.

And we will be utmost gratified when you translate each of the verses in English language and in Bahasa Malaysia as well.- Victor Johan.

(Bolehkah saya dan semua rakyat di negeri Tuanku mendengar Tuanku…membaca Al-Quran…dan menterjemah setiap ayat Al-Quran dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia).

Let Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah decree as much as he likes but his decrees are not worth the paper they are written on. – Gerard Lourdesamy.

(Biarlah Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah banyak mana yang dia suka namun titah baginda tidak bernilai walau dibanding dengan kertas untuk menulis titah itu).

A truly and highly worthy of respect ruler would never get himself exploited or messed up in politics. He is considered above politics but not above the law. - ABBN.

(Seorang Sultan yang berwibawa tidak akan sekali-kali membenarkan dirinya dipergunakan untuk agenda politik. Baginda melangkaui politik tetapi bukan undang-undang).

Is the sultan for all, or just for the Muslims? I thought he was the state monarch for all and sundry in the state. By this edict, he is restricting his own sovereignty, and perhaps, even popularity.

(Adakah Sultan untuk semua atau hanya untuk Muslim. ..dengan titah ini, baginda menghadkan kedaulatannya dan mungkin juga popularitinya).

Ulasan beberapa aktivis Islam bersabit tindakan Malaysiakini menyiarkan kritikan terbuka terhadap Sultan Selangor akan menyusul seketika.


No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini