Pages

Friday 4 January 2013

[KECOH] : LAGI KUIL DAN TOKONG BAKAL DIROBOH DI SELANGOR!!!


KLANG - Penganut Hindu dan Buddha di sini, menggesa pihak bertanggungjawab memindahkan kuil dan tokong yang bakal dirobohkan ke satu lokasi sesuai bagi memudahkan mereka melakukan upacara keagamaan.

Pengerusi Penganut Hindu Kuil Sri Aptoram Kaliamman, Ho Kevin Raj berkata, pihak berkaitan ada mencadangkan Kuil Sri Aptoram Kaliamman dan Tokong Hai Teng Kong dipindahkan ke kawasan perindustrian di Telok Gong.

Bagaimanapun, menurutnya, penganut menolak cadangan itu memandangkan lokasinya tidak sesuai apatah lagi ia adalah kawasan perindustrian yang sibuk.

“Selain itu, kawasan itu juga agak jauh. Lebih-lebih lagi sekitar 60 peratus penganut Hindu dan 40 peratus Buddha tinggal di kawasan ini.

“Malah ramai penganut ini tinggal di Flat Pendamar Indah 2 yang terletak berhadapan dengan dua rumah ibadat berkenaan,” katanya berhubung bantahan yang diadakannya bersama kira-kira 100 penganut Hindu dan Buddha, di pekarangan kuil.

Beliau berkata, isu pemindahan itu berlarutan agak lama malah sebelum ini pernah mengadakan bantahan hampir sama.

Namun kali ini, dakwanya, pihaknya ada menerima surat berkenaan notis mahkamah bertarikh 31 Disember lalu yang meminta tanah kawasan itu dikosongkan selain dua rumah ibadat itu dirobohkan.

“Malahan dua tahun lalu, pihak berkenaan juga mencadangkan ia dipindahkan ke tanah kosong bersebelahan, kira-kira 20 meter dari lokasi asal.
Bagaimanapun hingga kini tiada jalan penyelesaian,” katanya.

Menurutnya, seorang Exco pernah ditemui dalam menyelesaikan isu itu namun hingga kini beliau dipercayai gagal memberi kata putus.

“Oleh itu, kami harap Kerajaan Negeri dan pihak berkenaan dapat membantu kami menyelesaikan isu ini. Carilah tapak yang sesuai demi kebaikan penganutnya,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini