Pages

Friday 4 January 2013

[KANTOI] : AKSI LUCAH REMAJA MELAYU DIRAKAM DI TASIK SHAH ALAM!!!


SHAH ALAM - Keindahan taman tasik berhadapan Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), di sini, dicemari gelagat beberapa pasangan kekasih yang tanpa segan silu melakukan aksi manja di tempat awam.

Pasangan yang asyik bercinta itu berpelukan dan berciuman di kerusi rehat yang disediakan untuk orang awam.

Telatah merpati dua sejoli terbabit disaksikan sendiri penulis di kawasan itu, tetapi ia tidak diendahkan pasangan terbabit.

Perbuatan tidak senonoh itu jelas mejelekkan permandangan di kawasan itu apatah lagi ketika itu orang ramai berkunjung untuk beriadah.

Status pasangan terbabit sama ada berkahwin mahupun bujang tidak diketahui. Namun, rata-rata pengunjung menggeleng kepala melihat aksi mereka.

Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan pihak berkuasa agama seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) harus turun padang memantau kegiatan tidak bermoral itu.

Apatah lagi, hasil tinjauan penulis menemui beberapa botol arak bergelimpangan di kawasan tasik itu.

Ini jelas membuktikan, kawasan riadah ini menjadi tempat melampias nafsu dan 'port' minum arak.




mimr

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini