Pages

Sunday, 27 January 2013

"AKU SETUJU KITA TUKAR KERAJAAN"


PILIHANRAYA sudah semakin hampir. Aku setuju rakyat kena bangkit tolak kerajaan sedia ada. Aku sudah semakin sedar. Makin lama makin menyampah aku dengan kerajaan.

Memang betul cakap orang ramai. Kerajaan kaki rasuah, kaki penipu dan kuat makan duit rakyat. Paling celaka, janji langsung tidak pernah ditepati.

Mana duit atau elaun yang dijanjikan untuk diberi kepada ibu-ibu tunggal? Mana RM1,000 untuk anak yang dapat masuk universiti?

Mana RM50 untuk budak-budak masuk tadika? Mana pendidikan percuma yang kamu mahu beri?

Mana air percuma? Yang kamu beri hanya RM11 rebat. Itu bukan percuma! Malangnya aku (orang susah) yang menghuni di Flat dinafikan hak untuk mendapat rebat itu! Memang celaka Kerajaan ni!!!



Lebih malang, arak dijual berleluasa di Shah Alam. Rumah urut berlambak-lambak. Dengan hanya RM38 pun dah boleh dapat khidmat urut. Budak sekolah pun antara pengunjung tegar rumah urut. Mereka cakap, belajar itu memenatkan, bila kena urut rasa 'happy'.

Mana janji kata "hari ini menang, esok kita tutup kilang arak"? Kata tax (cukai) dari penjualan itu haram? Memang kaki penipu! Cakap tidak serupa bikin!

Itulah nasib kami rakyat di Selangor. Kami mahu kerajaan baru!!!

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini