'VOLCANO MASSAGE' KINI DI SHAH ALAM!!!

Wednesday, 19 December 20120 comments



SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) perlu meningkatkan usaha membanteras iklan seks di sekitar bandar raya ini berikutan peningkatan iklan berkenaan yang semakin berleluasa kebelakangan ini.

Iklan seks yang ditampal di sekitar pusat bandar raya bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan kerana bilangannya semakin bertambah.

Malah, pihak tidak bertanggungjawab juga kini semakin berani kerana tidak hanya menggunakan kertas pelekat, tetapi membuat semburan cat terus pada dinding.


Antara lukisan dalam iklan ialah 'volcano massage' yang dipercayai menawarkan urutan dan perkhidmatan seks.

Operasi menurunkan iklan haram yang dilakukan pegawai penguat kuasa MBSA itu hanya usaha sia-sia selagi tindakan tegas tidak dikenakan kepada pelaku kesalahan itu yang seolah-olah tidak gentar dengan undang-undang.

Sebagai penghuni bandaraya ini, Penulis sudah semak melihat iklan haram baru ditampal setiap hari sama ada membabitkan iklan perumahan, perubatan tradisional, sewa kereta, pinjaman wang dan sebagainya.

Kebanyakan iklan ditampal di kawasan tumpuan umum dan ini secara tidak langsung telah mencacatkan pemandangan bandar raya Shah Alam.

mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger