Ini dibuktikan dengan tindakan kerajaan Selangor yang akan menaikkan cukai pintu dan premis sebanyak 10 kali ganda bermula tahun hadapan.
Ekoran itu, Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed tampil mengutuk dan meminta kerajaan Selangor menyelesaikan isu kenaikan cukai pintu dan bayaran lesen yang jelas membebankan rakyat kerana perkhidmatan yang diberikan oleh Pihak berkuasa Tempatan (PBT) negeri itu tidak setimpak dengan bayaran yang dikenakan.
Beliau berkata, berdasarkan laporan yang diterima Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bertindak untuk menaikkan cukai pintu sehingga 10 kali ganda di Kampung Baru Sungai Buloh dan Kampung Baru Subang, serta keputusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menaikkan bayaran lesen 90 jenis perniagaan, masing-masing mulai tahun depan.
Katanya, ini turut termasuk tindakan PBT negeri yang turut mengenakan bayaran ke atas 32 jenis premis yang sebelum ini dikecualikan di bawah kerajaan BN.
"Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bakal menaikkan cukai pintu sehingga 10 kali ganda di Kg. Melayu Subang dan Sungai Buloh.
"Kenaikan ini hanya akan bebankan rakyat tidak setimpal dengan perkhidmatan mengutip sampah yang semakin menurun hasil aduan yang diterima," katanya.
Beliau juga turut menyifatkan tindakan PBT itu sebagai tidak bertanggungjawab dan meminta supaya pihak Khalid mengeluarkan arahan supaya maklum balas mereka diambil oleh PBT tanpa mengambil kira kepentingan politik kerana ia adalah masalah rakyat.
Katanya lagi, lebih membebankan apabila kenaikan cukai itu berlaku hampir setiap tahun apabila meningkat sejak 2011 dan 2012 serta kenaikan pada 2013 adalah lebih tinggi.
"Saya amat kesal dengan perkara ini dan mahukan Menteri Besar menentukan seterusnya memberikan arahan untuk bertindak kepada PBT," tegasnya kepada pemberita semalam.
"Saya mahu MB ambil tindakan ke atas perkara ini.Rakyat rasa tertipu, apabila Pakatan berjanji akan menurunkan cukai pintu 20 peratus tetapi semakin lama semakin meningkat," tegasnya lagi.
Ujarnya lagi, mengenai bayaran lesen ke atas 32 jenis premis yang sebelum ini dikecualikan, Mohd Zin berkata, antara yang turut dikenakan ialah rumah kebajikan orang tua, rumah orang kurang upaya dan pusat penjagaan kanak-kanak.
Beliau berkata, golongan itu rata-ratanya mendapat sumber kewangan daripada sumbangan dan derma orang ramai, malah kebanyakan rumah kebajikan itu beroperasi dalam keadaan daif.
"Adakah mereka (kerajaan negeri) melihat ini sebagai satu sumber hasil negeri, kata pandai menguruskan kewangan. Adakah ini disebut sebagai satu kecekapan?
"Saya rasa tindakan ini tak patut, kita desak kerajaan negeri batalkan hasrat untuk menaikkan bayaran lesen dan cukai pintu," katanya.
Berhubung PBT yang tidak memberi maklum balas kepada BN Selangor, Mohd Zin berkata: "Terdapat tiga PBT dan namanya akan didedahkan dalam waktu terdekat. Kita tunggu dahulu apa maklum balas mereka."
Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 sebelum ini berjanji untuk menurunkan cukai pintu sebanyak 20 peratus, namun malangnya janji itu hanya tinggal janji apabila pakatan haram gagal bertindak sedemikian sehingga kini.

mimr
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini