Pages

Tuesday, 18 December 2012

SUSPEK DITEMBAK MATI!!!


PUTRAJAYA - Suspek pengganas yang ditembak mati oleh polis Filipina dalam satu pergelutan di sebuah hotel di bandar Davao Jumaat lalu, disahkan rakyat Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata suspek yang dikenali sebagai Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, dikesan memasuki negara tersebut pada 14 April lalu, serta merupakan anggota sebuah kumpulan militan.

Menurut Hishammuddin, lelaki yang berasal dari Melaka itu juga dipercayai mempelajari cara membuat bom ketika berada di negara berkenaan.

Katanya anggota keluarga Mohd Noor Fikrie telah meminta bantuan kerajaan Malaysia untuk membawa pulang jenazah, dan beliau sudahpun mengarahkan polis supaya menguruskan penghantaran pulang jenazah Mohd Noor Fikrie dengan segera untuk dikebumikan.

"Ahli keluarga Fikrie dan beberapa pegawai kita akan ke Davos untuk menguruskan penghantaran pulang jenazah dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia memandang serius terhadap setiap kegiatan subversif dan ancaman yang ditimbulkan oleh kumpulan militan serta penganas kerana ia terbukti mampu menggugat keselamatan dan ketenteraman sesebuah negara.

"Dalam hal ini kita sentiasa bekerjasama erat dengan pihak keselamatan dari negara luar demi memastikan keselamatan negara dan rantau ini, terus terjamin dan terpelihara," tambahnya.

Beberapa media sebelum ini melaporkan Mohd Noor Fikrie ditembak mati oleh polis Filipina di sebuah hotel di Davao Jumaat lalu, selepas bergelut dengan pihak polis yang ingin memeriksa beg sandang berisi bom buatan sendiri dibawa isterinya.

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini