Pages

Saturday, 29 December 2012

[TERKINI] : KECOH! KARNIVAL KENA SERBU!!!


SHAH ALAM - Kira-kira 6,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang ditawarkan oleh lebih 20 syarikat, sempena 'Karnival Sayangi Selangor, Yakini BN' di i-City, Seksyen 7, bermula hari ini.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, berkata program itu adalah peluang terbaik untuk pencari kerja, terutama golongan belia mendapatkan maklumat mengenai kerjaya bersesuaian dan peluang pekerjaan.

“Majlis Belia Selangor (MBS) memandang serius isu peluang pekerjaan di kalangan golongan muda dan kita bersetuju untuk menganjurkan program seumpama ini.

“Selain disajikan dengan aktiviti riadah, MBS dengan kerjasama Jobs Malaysia bersetuju mengadakan aktiviti yang memberi manfaat kepada golongan muda dan kita jangkakan ia mendapat sambutan luar biasa,” katanya selepas mengadakan lawatan di tapak karnival di sini, semalam.

Lebih 500,000 dijangka hadir sempena karnival yang akan berlangsung tiga hari itu, yang mana Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual merasmikan acara kemuncak, Isnin ini. 


Mohd Zin berkata, BN dengan kerjasama MBS turut membuka kaunter pendaftaran Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), selain memberi penerangan mengenai pelbagai program membabitkan golongan belia yang dilaksanakan Kerajaan Pusat.

“Keperluan golongan muda sering menjadi isu serta diketengahkan pelbagai pihak seperti masalah pengangguran dan rumah mahal turut menjadi sebahagian aktiviti dalam karnival ini,” katanya.

Beliau berkata, selain 5,000 ahli akan mengumumkan sokongan terhadap BN, sebanyak 100 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut hadir pada malam ambang 2012, sebagai tanda sokongan terhadap parti berkenaan.

“Mereka tidak akan menyertai UMNO, MCA atau MIC, sebaliknya akan bergerak sebagai NGO yang akan mendokong segala aspirasi Kerajaan Pusat untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat berbilang kaum,” katanya.

Katanya, selepas mendapat maklum balas positif mengenai penganjuran karnival pada tahun lalu, BN akan memastikan keselamatan pengunjung, terutama di kawasan Taman Tema Air yang dijangka akan mendapat sambutan luar biasa.

“Kita juga menyediakan surau yang lebih besar dan mampu menampung seramai 100 pengunjung pada satu masa. Karnival berkonsepkan santai ini sesuai untuk setiap bangsa dan pelbagai lapisan umur kerana kita seimbangkan setiap aktiviti dengan membabitkan semua peringkat umur,” katanya.

1 comment:

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini