Pengerusinya, Budiman Mohd. Zohdi berkata, tindakan kerajaan Selangor yang enggan memberi penjelasan menguatkan lagi spekulasi bahawa memang benar wujud penipuan mengenai angka pembinaan rumah kos rendah yang didedahkan sebelum ini.
"Sekali lagi, kami mewakili anak-anak muda di Selangor mendesak kerajaan Selangor terutamanya Exco yang terlibat supaya tampil bertanggungjawab dan memberi penjelasan kepada seluruh rakyat Selangor tentang hal yang sebenar," ujarnya.
Ketika sidang media, Budiman turut membuat pendedahan terbaru tentang projek perumahan yang dibina oleh kerajaan Selangor di mana status perumahannya mencurigakan.
Menurutnya, PKNS sedang membina dan menyiapkan projek 60 unit rumah pangsapuri kos sederhana di atas lot 103, Jalan Pinang Raja 18/2, Seksyen 18, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
"Namun selepas mula dibina, status projek pembinaan 60 unit rumah pangsapuri itu telah berubah kepada status 'kos tinggi'.
"Ini dibuktikan dengan perubahan status yang tercatat di dalam papan tanda pembinaan yang baru didirikan di lokasi pembinaan perumahan itu. Pihak kami ingin bertanya, kenapa pihak PKNS menukar status perumahan itu sedangkan pada awalnya dalam cadangan akan membina perumahan kos sederhana?
Budiman turut memberitahu, pihaknya telah menghubungi nombor talian seperti di dalam notis pembinaan itu. Hasil maklumat, perumahan itu akan dilancarkan pada bulan Februari 2013 dengan anggaran harga rumah bermula dari RM430, 000.
"Jadi, kami mewakili anak-anak muda di Selangor mencabar kerajan Selangor untuk membuat penjelasan berkenaan perubahan status pembinaan perumahan itu.
"Kenapa di saat anak-anak muda di Selangor memerlukan rumah mampu milik, sebaliknya Kerajaan Selangor membina rumah yang ternyata gagal dimiliki oleh anak-anak muda? Jadi untuk siapakah rumah itu dibina?," katanya ketika sidang media di I-city sempena Karnival Sayangi Selangor di sini hari ini.
mimr
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini