Persidangan telah bersambung semula di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra pada 8.30 pagi dengan pembentangan usul agama dan pendidikan oleh Ustaz Mohd Afandi Yusoff mewakili Umno Kelantan.
Penggulungan usul ucapan dasar presiden, usul ekonomi, agama dan pendidikan dijangka diadakan di sebelah petang oleh ketiga-tiga ketua sayap iaitu Ketua Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan turut membuat penggulungan, diikuti Timbalan Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Presiden parti akan membuat ucapan penangguhan sebelum perhimpunan ditangguhkan.
mimr