Pages

Sunday, 18 November 2012

TERKINI!!! PEJABAT KABINET HAMAS MUSNAH DIBEDIL ISRAEL!!!



TEBING GAZA - Sebanyak empat kali serangan bom oleh artileri Israel telah memusnahkan markas besar kabinet Hamas di Kota Gaza. Pihak Hamas yang memerintah di Tebing Gaza telah memaklumkan hal itu dalam satu kenyataan kepada pihak media.

Menurut saksi, kerosakan teruk dapat dilihat pada markas Hamas. "Hamas tidak akan berundur dan kami akan tetap setia berdiri bersama rakyat Palestin," kata jurucakap Hamas.

Sebelum ini, pihak tentera Israel telah memusnahkan beberapa bangunan kerajaan milik Hamas.

Sejak Rabu lepas, Israel dan Hamas saling berbalas tembakan roket. Roket Hamas sempat dua kali meledak di kawasan tentera Israel di Tel Aviv. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini