Pages

Sunday, 18 November 2012

RAMAI TIDAK TAHU!!! ADA PEMIMPIN UMNO PERNAH DILAKNAT 'DOA KEHANCURAN' PAS!!?


"YA ALLAH..hukumlah UMNO. Ya Allah... Hukumkanlah UMNO dan BN. K.O! BN K.O! BN, K.O BN! K.O! BN, BN K.O! BN K.O! BN K.O! dalam PRU-13 ini Ya Allah. Mudah-mudahan dalam perjalanan kami ke Putrajaya Ya Allah dengan begitu sekali mudah dengan pertolongan Mu Ya Allah."

Itulah petikan doa yang diketuai oleh Nik Razi Nik Mat, adik kepada Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat ketika solat hajat di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Sampai begitu sekali doa yang dilafaz dengan nada kasar demi memohon bantuan Allah untuk menghancurkan UMNO.

Yang melucukan, ini adalah pertama kali penulis dengar ungkapan K.O dalam doa. Selalunya kita akan dengar ungkapan K.O dalam pertandingan tinju. Betul tak?

Kalau tidak silap, 'doa kehancuran' ini mula 'famous' ketika era Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Hampir semua pemimpin UMNO pernah didoakan dengan 'doa kehancuran'. Datuk Seri Najib Razak pun telah didoakan oleh Nik Aziz supaya pecah perut berikutan kegagalan tuntutan royalti minyak di Kelantan baru-baru ini. 

Walaupun sentiasa mendapat 'doa kehancuran', hakikatnya, UMNO masih kekal sebagai tunjung pemerintah di Malaysia. Statistik obesiti yang meningkat setiap tahun bukti rakyat Malaysia cukup makan.

Di Malaysia, jika anda berusaha, taraf kehidupan anda pasti meningkat. Sebab itu kadang-kadang, warga asing hidup lebih senang berbanding kita rakyat Malaysia, kerana mereka berusaha lebih berbanding kita.

Senang cerita, tiada halangan untuk anda berjaya di Malaysia! Cuma usaha anda menjadi ukuran kepada tahap kejayaan anda. Itu sahaja!

Disebalik 'doa kehancuran' itu, mungkin ramai yang tidak sedar, Anwar Ibrahim juga pernah dilaknat dengan 'doa kehancuran' oleh PAS ketika dia masih dalam UMNO.

Lebih menarik, Anwar Ibrahim adalah pemimpin UMNO yang paling banyak dilaknat dengan 'doa kehancuran'. Mungkin disebabkan Anwar lantang maki hamun PAS ketika itu.

Nak dijadikan cerita, yang hancur bukan UMNO, tetapi karier politik Anwar Ibrahim yang hancur! Anwar didapati bersalah menyalahgunakan kuasa lalu dipecat dari UMNO.

Sejak itu, segala kerja kotor Anwar ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri terbongkar!!!

Maka berteriaklah orang-orang PAS meraikan kejayaan kehancuran karier politik Anwar!! Ada juga pemimpin PAS yang percaya kononnya 'doa kehancuran' telah dimakbulkan!

Namun segalanya telah berubah! Anwar dahulunya didakwa mendapat balasan Allah, kini diangkat pula sebagai pemimpin kepada orang-orang yang telah mendoakan kehancuran anwar.

Yang peliknya, kini pemimpin PAS pula mendakwa Anwar sebenarnya bukan dilaknat, tetapi telah menjadi mangsa konspirasi UMNO! 

Malas nak ulas! Fikirlah sendiri!!!
mimr

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini