TERBONGKAR!!! GENTING BUKAN PEMEGANG SAHAM FGV SEPERTI DIDAKWA PAKATAN HARAM!!!

Thursday 1 November 20120 comments



KUALA LUMPUR 31 Okt. - Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) sekali lagi menegaskan Genting Bhd. (Genting) bukan pemegang sahamnya kerana syarikat tersebut tidak pernah ditawarkan sebarang saham semasa atau selepas Tawaran Awam Permulaan dibuat.


Presiden Kumpulan FGV, Datuk Sabri Ahmad menegaskan, saham FGV adalah mematuhi syariah meskipun Genting memutuskan untuk menjadi pemegang saham FGV pada masa depan.

“Majlis Syariah telah mengesahkan mengenai status halal saham FGV.

“Kalaupun Genting mahu memiliki saham FGV, saham itu tetap berstatus halal kerana mengambil kira Genting yang melabur dalam FGV dan bukan FGV yang membeli atau memiliki saham-saham Genting," kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah portal pembangkang tentang kenyataan seorang Ahli Parlimen yang mempertikaikan pemberian satu juta saham FGV kepada pihak yang tidak berkaitan. 


mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger