Pages

Friday 9 November 2012

SKANDAL TANAH YAYASAN SELANGOR DI KLANG!!! MENTERI BESAR TERLIBAT???


SHAH ALAM - Alumni Yayasan Selangor (YS) hari ini mendesak Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi penjelasan berhubung status lot tanah 16 ekar di Klang yang dimiliki YS tetapi diserahkan kepada pihak tertentu untuk dibangunkan sebagai Pusat Kebudayaan Cina.

Menurut Pengerusi AJK Bertindak Alumni Badrulzaman Baharuddin, tindakan kerajaan negeri dilihat seolah-olah mahu mempermainkan yayasan itu demi memenuhi kepentingan pihak tertentu.

"Kami ingin menuntut penjelasan dari pihak kerajaan negeri berhubung perkara ini dan apakah status sebenar tanah tersebut.

"Kenapa pihak YS sendiri tidak membangunkan tanah tersebut? Kenapa Menteri Besar dilihat seperti mengikut telunjuk pihak tertentu tanpa mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan pihak YS?," ujar beliau kepada pemberita pada sidang media hari ini.

Sebelum ini Khalid dilapor mengarahkan YS menyerahkan tanah itu yang bernilai RM50 juta kembali kepada kerajaan negeri di atas desakan kepada Exco Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong.

Elizabeth memohon kepada Khalid yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Selangor untuk menyerahkan tanah itu tersebut kepada Pusat Kebudayaan Cina Selangor untuk cadangan pembangunan Pusat Kebudayaan Agama dan Kesenian.

"Kemusykilan kami ialah kenapa tanah milik YS yang perlu diberikan dan bukannya tanah lain.

"Adakah kerana kedudukannya yang strategik? Atau adakah kerana ada agenda tertentu untuk merampas aset milik YS secara halus?" katanya.

Dalam sidang media yang sama, Presiden Alumni Azme Dollah turut membangkitkan isu penutupan asrama YS di Kg Pandan yang akan berkuatkuasa selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Beliau menyifatkan Pakatan Rakyat merancang penutupan ini demi mendapat keuntungan semata-mata tanpa memikirkan nasib para pelajar ini, sedangkan Pengurus YS Ilham Marzuki mengumumkan yayasan ini mempunyai aset yang banyak.

"YS dikatakan mempunyai jumlah simpanan tetap sebanyak RM51 juta dan juga aset lain seperti tanah tanaman sawit di Pulau Carey seluas 1500 ekar dan bangunan YS di Bukit Bintang, (jadi) kenapa tapak asrama YS perlu dikomersilkan?", kata beliau. - AntaraPos

mimr

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini