Pages

Friday 9 November 2012

PANAS!!! ANWAR KENA TEMPELAK DENGAN EXCO AGAMA SELANGOR!!!



SHAH ALAM: Exco Agama yang juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk menyoal Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataan kontroversinya mengenai isu kebebasan beragama di negara ini.

"Kita menyokong penyiasatan dan saya juga akan meminta Jais dapat bersama-sama. Ada baiknya sebagai orang Islam sama-sama bermusyawarah untuk memahami tujuan dan kehendak satu sama lain, supaya tiada perasaan yang tidak sama,” katanya

Kenyataan Menteri Besar itu menempelak Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa Jais diarah oleh Umno untuk menyoal siasat anaknya.

Abdul Khalid yang juga Exco Agama Selangor menegaskan Jais hanya melaksanakan tanggungjawabnya dan perlu diberi sokongan.

"Jais dibawah jagaan saya, perlu jadi proaktif, bukan negatif untuk menjadikan jati diri orang Islam itu kuat, boleh bersaing dengan lain dan menunjukkan kekuatan ummah untuk mengekalkan Islam," katanya selepas menghadiri mesyuarat Exco di ibu pejabat kerajaan negeri di sini hari ini.

Izzah pada Sabtu lalu, ketika menjadi panel sebuah forum anjuran pergerakan Kristian dipetik berkata hak kebebasan beragama harus turut diberikan kepada orang Melayu dan bukan orang Islam sahaja.

“Tidak harus ada paksaan di dalam agama. Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf.. ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum),” katanya ketika menjawab pertanyaan lanjut dari hadirin Sabtu lalu.

Susulan itu Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin berkata, Izzah berkemungkinan akan dipanggil untuk menjelaskan kenyataan itu.

mimr

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini