Pages

Monday, 19 November 2012

SHAH ALAM LUMPUH!!! KERAJAAN SELANGOR BAKAL ISTIHAR DARURAT???








SHAH ALAM - Beberapa kawasan rendah di bandar raya ini dinaiki air selepas hujan lebat tanpa henti hampir satu jam petang tadi. 

Antara kawasan terjejas teruk ialah Taman Rashna, Sg. Rasau dan Jalan Bt. 3 Lama. 

Kejadian banjir kilat telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk dan ada beberapa kawasan di Sg. Rasau tidak boleh dilalui kenderaan ringan. 

Selain itu, lebih 30 premis perniagaan yang terletak berhampiran kawasan berkenaan turut dimasuki air.

Banjir kilat petang tadi turut menyebabkan sebuah stesen minyak berdekatan terpaksa ditutup kerana dinaiki air.

Menurut sumber, air kembali surut jam 7.00 petang tadi.

Sepanjang bulan November, kejadian banjir kilat ini adalah kali yang ketiga.

Kejadian banjir kilat tidak sepatutnya berlaku, ini kerana hujan lebat hanya turun tidak sampai satu jam dan bandaraya ini mempunyai banyak longkang-longkang besar. 

Sistem peparitan yang tidak diselenggara dengan baik dan longkang tersumbat dipercayai punca kejadian banjir kilat.

Penulis cuba menghubungi YB Khalid Samad berhubung kejadian tadi, namun gagal dihubungi.

Belum pernah dalam sejarah di Shah Alam dilanda banjir sebanyak tiga kali dalam tempoh dua minggu.
mimr

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini