#PAU2012 : TERKINI!!! PEMBAHAS BUKTIKAN PAS SESAT

Friday 30 November 20120 comments



KUALA LUMPUR - Perbahasan ucapan dasar Presiden UMNO hari ini dimulakan oleh wakil Terengganu, Datuk Wira Hj. Rosli Mat Hassan.


Dalam ucapan, beliau antara lain menegaskan supaya negeri yang kalah pada pilihan raya yang lepas (PRU-12) supaya mencontohi UMNO Terengganu ketika merampas kembali pemerintahan dari Pas ekoran kekalahan dalam pilihan raya ke-10 (1999).

"Permuafakatan di kalangan UMNO Terengganu menjadi kunci kejayaan kami merampas kembali Terengganu dari Pas.

"Hanya usaha sahaja yang menentukan kejayaan kita,"tegasnya ketika ucapan perbahasan dasar, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan Pas kerana sehinggga kini masih belum mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan Terengganu (BN) dan Menteri Besar kerana melabelkan Pas sebagai parti ajaran sesat.

"Sehingga kini, Pas masih belum mengambil tindakan kepada kami. Mereka telah menghebohkan akan mengambil tindakan undang-undang kepada Menteri Besar dalam siri ceramah. Kenapa hingga kini masih belum berani?," katanya.

Wakil Terengganu itu turut mempertahankan tindakan kerajaan negeri (Terengganu) menganjurkan forum 'PAS Parti Ajaran Sesat' yang mendapat tentangan hebat dari Pas.


mimr

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger