EKSKLUSIF!!! WABAK #SINDROMLAJIM MENULAR DI SELANGOR??? ADA PEMBELOT DI UMNO SELANGOR???

Saturday 17 November 20120 comments




Panas! Khabar angin mula bertiup kencang mengatakan ada pemimpin UMNO bahagian di Selangor bakal dijangkiti 'Sindrom Lajim'?

Bahaya 'Sindrom Lajim' ini jika dijangkiti, mangsa boleh jadi seorang pembelot?

Adakah senario di Selangor sudah semakin getir hinggakan politikus UMNO itu terpaksa main belakang untuk mencari 'insurans' politik?

Selangor menjadi tumpuan penganalisis politik hinggakan ada yang menggelar politik Selangor sebagai 'The Slaughter House' kerana budaya tikam belakang dan tikam-menikam antara satu sama lain wujud di dalam kem BN mahupun Pakatan Haram.

Kasihan Najib terpaksa berhempas-pulas demi merampas kembali Selangor kerana kononnya jika menang Selangor, menanglah BN di peringkat persekutuan?

Lebih malang, usaha Najib nampaknya tidak disambut oleh kebanyakan peringkat kepimpinan UMNO bahagian di Selangor?

Masing-masing mula mencongak 'survival' politik dan mencari jalan terbaik untuk menyelamatkan tengkuk diri sendiri.

Yang memburukkan keadaan, ada pemimpin-pemimpin UMNO bahagian yang sedang nyawa-nyawa ikan mula buat kerja bodoh dengan sengaja merelakan diri dijangkiti wabak 'Sindrom Lajim'. Mereka mula buka langkah untuk berpaling tadah dan menyokong Anwar Ibrahim?

Siapakah individu-individu tersebut?

Lebih menghayat hati, ada bukti bergambar yang jelas menunjukkan seorang pemimpin UMNO bahagian telah mengadakan pertemuan sulit dengan Khalid Ibrahim?



Seorang yang berjawatan di UMNO Bahagian X

Menurut sumber, bahagian-bahagian yang bakal dijangkiti 'Sindrom Lajim' mungkin UMNO bahagian Kuala Langat, bahagian Sepang, bahagian Klang, bahagian Gombak atau bahagian Seri Serdang?

Khabar angin ini kononnya bakal menjadi kenyataan sekiranya mereka ini tidak tersenarai sebagai calon UMNO pada PRU-13!???

Selanjutnya baca di sini:


1. http://truthvaccine.blogspot.com/2012/11/pengbelot-dikesan-dari-umno-selangor.html#ixzz2CO22W7LL

2. http://ocean-13.blogspot.com/2012/11/pembelot-dikesan-dari-umno-selangor.html

3. http://www.inigoblogpolitik.com/2012/11/pemimpin-umno-sanggup-beli-insurans.html



mimr
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger