Pages

Saturday, 6 October 2012

SIAPA PEGAWAI KANAN KERAJAAN YANG DIRASUAH SUARAM???



SHAH ALAM - Amatlah malang bertambah malang jika benar apa yang didakwa oleh Jaringan Melayu Malaysia (JMM) bahawa Suara Inisiatif Sdn. Bhd. bukan satu-satunya syarikat yang dikaitkan dengan pertubuhan tidak berdaftar, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang menerima dana asing.

Menurut JMM yang memperoleh maklumat daripada bekas anggota Suaram sendiri, sebuah lagi syarikat yang diguna pakai oleh Suaram adalah Suaram Komunikasi yang menerima dana asing daripada National Endownment For Democracy (NED).

Ia untuk membiayai kegiatan ceramah politik dan menggerakkan demonstrasi jalanan dengan motif memfitnah kerajaan serta beberapa pemimpin negara ini.

Lebih buruk lagi, ia didakwa digunakan sebagai habuan rasuah kepada pegawai dalam agensi kerajaan bagi kepentingan sekutu Suaram dan membocorkan maklumat bagi tujuan untuk dimanupulasikan oleh Pakatan Haram.


Keadaan itu, jika benar, menjadikan Suaram umpama patung wayang kulit dan pihak asing menjadi pak dalangnya. Sekali lagi, jika itu semua benar, nampak jelas pengaruh luar menguasai pihak tempatan dalam merencana satu agenda jahat; yang secara jelas cuba mengetepikan suara rakyat negara ini dalam membuat keputusan.

Walaupun Suaram menafikan dakwaan itu, pihak berkuasa perlu menyiasat pendedahan tersebut supaya mengenal pasti pemilik syarikat terbabit serta mengambil tindakan perlu.

Mana mungkin masa depan negara kita diserahkan kepada pihak luar untuk mencaturkannya. 


Apakah cara tersebut menyuburkan sistem demokrasi serta pengiktirafan hak asasi manusia seperti yang dilaung-laungkan? 

Padahal itu semua suatu percubaan jahat yang mahu menafikan hak dan kebebasan rakyat sebuah negara berdaulat.

mimr

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini